Love In Rabbi
Assalamualaikum Cinta !

Assalamualaikum :D Ain . Ujian itu indah kerana ia penghapus dosa .Ayuh bersama menggapai mardhatillah !


Entries About Linkies Stuff


Chatting Box

Your rules
Your rules
Your rules
Your rules

Code CBox SINI!

Credit

Template: Safira Nuril Izzah
Template: Intan and Yaya
Others:   


Remind me of ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim ..
Remind me of ALLAH ?
Yes ! Ingatkan saya kepada ILAHI . Diri ini sememangnya pelupa . Tidak sempurna .
 Bagaimana ? Carilah sahabat yang boleh mengingatkan kamu kepada Sang Khaliq . 
Sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kamu pandang dia , kamu ingat kepada Sang Pencipta . Berubah ? Bila lagi ?
 Jangan kamu fikir kamu memegang jawatan kamu seorang yang sempurna !
 Jangan fikir kamu seorang AJK Tarbiah kamu seorang yang 'alim , baik ! 
Jangan kamu fikir kamu seorang pengawas kamu seorang yang sangat berdisiplin !
 Tidak ! Semua tu tak menggambarkan apa2 untuk diri kamu . 
Tetapi anggaplah itu adalah satu jentikan hidayah dari ALLAH ke dalam hatimu ..
Jadikanlah ia sebagai satu titik tolak untuk kita berubah ke arah yang lebih baik . 
Tidak marah , ini hanya tegas ! Hammasah ! Semangat untuk berubah ! :)
Sentiasa tajdid diri , tajdid niat dan lakukan anjakan PARADIGMA !
Ingatkan aku kepada ALLAH :)
Remind me of ALLAH 

allah, love, ukhwah, iluvislam

MALU UNTUK BERUBAH ?

“Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan beberapa orang lelaki. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,”
“Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,”
“Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,”
Iman Itu Masih Ada
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Cipta Masa Depan
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh.
‘Qada muallaq’ iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorong kedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama.
Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri.
Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah ‘sunnatullah’.
Buat Dirimu…
Sahabatku, usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan?
Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan orang lain, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya bersama air mata taubat seorang hamba!


credit to : iluvislam
-wardatussyauqah-

KAHWIN MUDA ?


Assalamualaikum :)
Dah lama tak bercerita kan ? 
Okey , hari ni Ain nak cerita sikit . Nampak tak tajuk kat atas tu ? Kahwin muda ?
Hehe :) Macam takut je kan . Cerita nya macam ini .
Petang tadi , aku ngan family pergi kenduri rumah mak mertua kak long . Then , jumpalah kak long kat sana .
Time tengah makan tu , tetiba kak long cakap macam ni .
" Ain , Along ada berkenan dengan seorg budak ni . Nak bagi dia dengan Ain , tapi Ain muda sgt pula . Dia dah 24 tahun dah " , kata Along .
Aku pun cakaplah , " Eh , apa Along ni ? "
Along sambung , " Eh , betullah . Boleh tahan orangnya ."
Aku pun gelak jela . Haha :) Macam kelakar kan ? Aku baru 15 tahun dan budak tu 24 tahun . Jauh tu . Hehe :) Along2 . Aku pun tak faham kenapa semua orang macam nak jodoh2kan aku . Macam hari tu , masa kawan abang Luqman yang budak DQ tu dtg time puasa.Tgh buka tetiba Along cakap , " Angah , boleh tahan kan budak tu . " Then , Along ngan Angah sengih2 je pandang aku . Aku pun malas nak layan . Buat tak tau je . Haih ? Along , Angah , Abg2 , Mak Ayah .. Nantilah dulu . I'm not ready yet . Eceh ayat , macam dah nak kahwin je .
Eh2 tak , jangan salah faham . Biasa latu . Tinggal aku je prmpuan dalam kluarga yang tak kahwin lagi . Tapi nanti dulu kot . Nak belajar dulu . Nak cukupkan kematangan dulu .
Sebab apa ?
Kematangan itu penting .
Kenapa ?
I know , you have the answer :)
Tadaa~